Tuesday, August 11, 2009

Kenangan Ramadhan Bersama Mak

Assalamualaikum Mak,

Mak, Ramadhan datang lagi. Mak ingat tak Ina mula mula puasa masa usia 9 tahun. Darjah 3. Ina masih ingat kerana Ramadan tahun itulah Mak mula berniaga pasar Ramadhan. Jual Popia untuk tolong apak belanja raya, beli baju raya abang ina dan adik-adik. Bulan Ramadhan Mak dan apak akan kerja kuat untuk cari belanja raya dan baju raya kami adik beradik. Ina masih ingat lagi, sebelum subuh mak dah bangun buat kulit popia. Popia mak memang sedap. Mak, bagi kami adik beradik, bulan ramadhan bulan rezki, sebab kami boleh makan apa yang kami suka sebab bulan ramadhan mak banyak duit. Mak upah Ina upah 2 ringgit sehari tolong mak basuh pinggan, basuh dapur. Tengok adik-adik. Kalau nak di kira pengorbanan Mak dan apak memang tak boleh di balas. Mak, Ina masih ternampak-nampak mak di dapur berdiri tepi api buat kulit popia. Selalunya pukul 1 pagi mak bangun. Kadang-kadang selalu Ina terserempak mak tidur tepi dapur. Allah!!!! Sedihnya hati Ina Mak dah tak ada.

Buka puasa selalunya mak akan beli lauk. Hari-hari Mak beli rendang Tuk abang Yus untuk Ina. Sebab Ina suka rendang tuk dan Air tebu. Lepas apak angkat barang niaga baru kita makan kan mak.

Malam selalunya Mak basuh barang niaga. Mak tidur pukul 9 malam, bangun pukul 1 pagi bangun sampai pukul 9 malam esoknya..Mak duduk kejap dan pastu tidor. Macam tu lah routin Mak hari-hari dalam bulan Ramadhan dari aku darjah 3 sampailah Faiz besar. Mak,semua yang buat semua untuk kami adik beradik. Besarnya pengorbanan Mak. Kami rasa belum puas nak beri mak duit kat Mak dah pergi selama-lamanya. Mengenangkan kenangan Ramadhan, hidup mak penuh dengan kepayahan tapi tak pernah merungut. Segalanya yang di lakukan penuh redho demi kasih sayang mak. Mak...Makk.... Ina rindu Mak...Mak hati ina letih mengenang mak. Jiwa ina lesu tak bermaya lagi....

Tapi Ramadhan tahun ini mak dah tak ada. Segala-galanya tak seronok lagi. Mak, Ina harap amalan bulan Ramadhan Ina tahun ini dapat memberi kebahagiaan Mak di Alam Sana.Insyaallah Ina akan pertingkatkan amalan Ina mak..untuk Allah dan untuk Kesejahteraan Mak di Alam Sana. Bulan Ramdhan kita minta pengampunan, penghapusan dosa-dosa Ina, apak dan mak dan moga-moga Allah beri Rahmatnya pada Aruah Mak..

Rindunya Ina pada Mak, rindunya Ina pada kucupan Mak. Mak…Mak…Makk….
Hati sesak nafas rindu Mak.

Ya Allah, ampunkan dosa-dosa ku, dosa-dosa kedua orang tuaku. Kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihiku semasa kecil. Kurniakan Rahmatmu kepada mereka, sesungguhnya engkaulah tuhan yang maha memberi rahmat. Ya Allah, Ampunkan dosa Mak, tempatkan dia bersama-sama orang yang soleh dan masukan dia di syurga mu yang penuh kenikmatan. Amin..amin Ya Rabbal Alamin

Assalamualaikum Mak.....