Thursday, May 6, 2010

SELAMAT HARI IBU....MAAKKK




Hari ibu tahun ini jatuh pada 9 Mei. Bagi mereka yang masih beribu akan meraikan bersama-sama keluarga. Tapi bagi mereka yang sudah tak beribu hanya akan dapat mengenang saat-saat manis bersama ibu masing-masing.

Tahun ini aku termasuk dari golongan mereka-mereka yang sudah tidak beribu. Ibu atau mak meninggal tahun lalu, 2009. Tahun lalu hari ibu di sambut pada 10 Mei 2009. Ibu ku pergi 9 Mei 2009 pada hari sabtu 9.34 malam, 2 jam sebelum hari ibu.

Tahun ini, hari ibu jatuh pada 9 Mei 2010, genaplah setahun ibu ku pergi meninggal aku apak, dan adik-adik. Pilunya rasa hati kami adik beradik hanyalah tuhan yang tahu. Hari ibu pulak jatuh pada hari ibu ku pergi. Bagi aku dan adik beradik kehadiran hari ibu tahun ini ,mengundang seribu kesedihan. Adik ku oli juga seorang ibu, berkesempatan mencoretkan sajak dalam bahasa Inggeris(Poem) bagi menceritakan apa yang tersurat di hati kami adik beradik.


9th of May The day for all mothers

It is the day to remember

For me it is just a painful reminder

Of the day when her battle finally over

The day when cancer became her killer

The day when ALLAH called her




9th of May The day for all mothers

It is the day to remember

For me it is just another miserable reminder

Of the day when a loyal husband became a lonely widower

The day when 7 devoted children grieved over their beloved mother

The day when 6 women mourned over their dear sister

The day when 11 grandchildren lost a loving

The day when an old mother wept over the loss of her doting daughter




9th of May The day for all mothers

It is the day to remember

The day when family and friends get together

For me it is not a day to celebrate

It is just one more sad reminder

Of the day when MAK meets her CREATOR. (ALLAH)




Al Fatihah




Setahun ibu ku pergi. Rasanya bagai semalam dia pergi.Batu nisan lah tempat aku melepas rindu. Hampir tiap-tiap minggu aku akan ke Rawang untuk menziarahi ibu dipusara. Kalau seminggu tak pergi rasa macam dah setahun tak jumpa ibu.Rasa macam ternampak-nampak ibu terjenguk-jenguk kereta aku sampai. Rasa macam ibu ternanti-nanti setiap sabtu/ahad. Kadang-kadang bila tiada orang yang ada di kawasan pusara ibu, aku akan bercakap dengan ibu. “Mak Ina rindu sangat dengan mak”….macam mana ina ni mak??.Tiada jawapan. Tapi aku harap ibu mendengar bisikan aku sambil tangan ku mengusap-usap batu nisan yang tercatat nama ibu. Allah, hanya engkau yang tahu rinduinya aku pada ibu.

Tidak ada bahasa lagi yang bisa aku gambarkan apa yang aku rasa. Hanya sebak di dada menunggu kedatangan hari ibu. Al-Fatihah, Yassin dan tahlil aku hadiahkan untuk ibu yang telah banyak berkorban, nyawa dan dan kudrat melahirkan, membesarkan, dengan penuh kasih sayang yang tidak ada di dunia yang nyata. Allah !! Allah!! Sesak Nafas ku…menahan rindu pada Ibu…….

Bagi diriku.....Hari ibu bukanlah hanya satu hari untuk diraikan. Bagi ku hari ibu, adalah hari-hari, setiap detik , setiap masa, Setiap titisan airmata yang keluar dari kelopak mataku, dan setiap nafas yang ku hembus adalah kerana ibu.

Mak,!!! Selamat Hari Ibu ye !!! Semoga mak damai disisinya. Semoga mak bersama berada bersama para solihin.Semoga Mak bahagia di syurganya yang abadi. Amin.

Monday, March 22, 2010

JODOH

Renungkanlah sedalam-dalamnya.
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannyajauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannyasingkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itudalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuklelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hatikita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahilpula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikalmencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggangmotosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditgh2 bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alamberumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkanhubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosaseterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah adayang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenahanak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebabkenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpauttatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidak sempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin keranaperasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tibamasanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membukalorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.
" Seorang teman pernah berpesan.."Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

Hanya untuk renungan....

Monday, February 22, 2010

Coretan Untuk Mak...

Assalamualaikum Mak,

Lama tak tulis untuk mak. Bukan tak ingat nak tulis…tapi hati terlalu sedih mengenang mak. Setiap hari, kadang kadang setiap detik teringat mak, Senyum mak, tawa mak, marah mak, semua benda buat dengan mak…apa-apa pun ingat mak…

Raya cina baru ni balik kuala tengok apak, adik-adik, kesian..rumah suram aje mak…tak sama ceria kalau mak ada…apak pulak tiap-tiap pagi hisab rokok, mesti duduk atas tembok depan rumah yang mak suka duduk..Ina macam ternampak-nampak mak tengah duduk dekat tembok tu..sedihnya mak…. Tengok rumah…langsir tak berganti…kerusi, sofa dah buruk. Bukan ina tak nak gantikan tapi apa-apa yang mak beli ina tak nak buang…baju buruk yang dah koyak yang mak bagi ina pun ina tak boleh buang…apa-apa yang mak punye ina tak sanggup nak buang….

Ina balik raya cina dengan Tah… Ina minta Tah masak untuk apak dan adik-adik…berseleranya dia orang makan…dah lama tak makan nasi masak..asyik makan kedai jee…Mei mintak Tah masak lauk masak kicap ayam….sedihnya tak de mak….hidup kami betul-betul berubah…

Mak, Oyen, anak yen dah masuk tadika…Yen hantar tadika Islam..dah pandai baca fatihah, doa makan, surah An-Nas…kalau mak ada mesti mak suka…kan?? Oyen, bila ina Tanya Opah mana, dia jawab : “ Opah dah pergi dalam syurga”….Amin mak…Ina Aminkan…

Rindunya kat mak…bunyi mak cium ina, pun ina ingat laa..bukan setakat ingat..dapat ina rasakan….sejuk air peluh kat idung mak pun ina dapat rasa lagi….mak pegi dah dekat satu tahun..tapi ina rasa macam semalam….

Mak….Ina tak tahu…macam mana nak kuatkan semangat lagi…tak seronoknya hidup…macam tak ada semangat…lagi…lesunya jiwa ina…

Assalamualaikum mak…