Saturday, January 7, 2012
Tuesday, September 20, 2011
Rindu Pada Mak....lagi
Assalamualaikum Mak,
Lama dah tak sembang dengan Mak. Ina tak lupakan Mak..masih ingat sangat. Tapi apa nak buat hidup harus di teruskan juga. Teringat, memang tiap-tiap hari ingat. Bila nak tidur… minta doa kalau dapat mimpi Mak. Dalam mimpi boleh tengok muka mak, boleh dengar suara mak, sampai sekarang tak pernah lupa suara mak. Macam terdengar aje suara mak panggil “ Ina….buat apa tu” Kadang-kadang tengah kerja teringat mak, tengah makan terpandang mak. Dah 3 kali raya mak pergi. Rasa macam semalam aje. Raya lepas mak tak ada tak bercahaya lagi. Malap pelita hati apak, dan adik-adik. Ina masak rendang pedas, jadi lah..boleh la apak makan. Tapi kan Mak…Bila mak dah tak ada… rasa macam cacat hidup. Macam orang yang dah biasa melihat. Tiba-tiba jadi buta… Macam tu lah rasanye….
Kepada yang masih ada mak jaga lah mak ayah elok-elok. Seksanya jiwa bila mak dah tak ada. Jangan laa kecikkan hatinya, Cakap, luahkan rasa rindu, kasih, sayang Mak, Mama, Ibu…I love you, I miss you, Junjunglah hati dia selagi dia masih ada…. Tak akan rugi kita….
Dah lama Ina tak call mak… Bila Ina call,
Maaaakkkk!! Tak niaga ker?… Wat aper tu ??
Mak akan jawap..baru je...rehat lepas sembahyang baring baring ni… Kenapa Na??
Tak ada apa…saja je…Rindu nak dengar suara mak…Heee…
Mak akan gelak…..heeeeeeee….mak pun…
Apa salahnya bercinta dengan Mak…..
Sekarang hanya boleh sebut dalam hati je…tak boleh di ucapkan lagi….
Huhhhh…..rasa macam tak boleh bernafas bila ingat mak dah tak ada.
Al Fatihah…….
Assalamualaikum mak,
Thursday, May 6, 2010
SELAMAT HARI IBU....MAAKKK

Tahun ini aku termasuk dari golongan mereka-mereka yang sudah tidak beribu. Ibu atau mak meninggal tahun lalu, 2009. Tahun lalu hari ibu di sambut pada 10 Mei 2009. Ibu ku pergi 9 Mei 2009 pada hari sabtu 9.34 malam, 2 jam sebelum hari ibu.
Tahun ini, hari ibu jatuh pada 9 Mei 2010, genaplah setahun ibu ku pergi meninggal aku apak, dan adik-adik. Pilunya rasa hati kami adik beradik hanyalah tuhan yang tahu. Hari ibu pulak jatuh pada hari ibu ku pergi. Bagi aku dan adik beradik kehadiran hari ibu tahun ini ,mengundang seribu kesedihan. Adik ku oli juga seorang ibu, berkesempatan mencoretkan sajak dalam bahasa Inggeris(Poem) bagi menceritakan apa yang tersurat di hati kami adik beradik.
Tidak ada bahasa lagi yang bisa aku gambarkan apa yang aku rasa. Hanya sebak di dada menunggu kedatangan hari ibu. Al-Fatihah, Yassin dan tahlil aku hadiahkan untuk ibu yang telah banyak berkorban, nyawa dan dan kudrat melahirkan, membesarkan, dengan penuh kasih sayang yang tidak ada di dunia yang nyata. Allah !! Allah!! Sesak Nafas ku…menahan rindu pada Ibu…….
Mak,!!! Selamat Hari Ibu ye !!! Semoga mak damai disisinya. Semoga mak bersama berada bersama para solihin.Semoga Mak bahagia di syurganya yang abadi. Amin.
Monday, March 22, 2010
JODOH
Hanya untuk renungan....
Monday, February 22, 2010
Coretan Untuk Mak...
Lama tak tulis untuk mak. Bukan tak ingat nak tulis…tapi hati terlalu sedih mengenang mak. Setiap hari, kadang kadang setiap detik teringat mak, Senyum mak, tawa mak, marah mak, semua benda buat dengan mak…apa-apa pun ingat mak…
Raya cina baru ni balik kuala tengok apak, adik-adik, kesian..rumah suram aje mak…tak sama ceria kalau mak ada…apak pulak tiap-tiap pagi hisab rokok, mesti duduk atas tembok depan rumah yang mak suka duduk..Ina macam ternampak-nampak mak tengah duduk dekat tembok tu..sedihnya mak…. Tengok rumah…langsir tak berganti…kerusi, sofa dah buruk. Bukan ina tak nak gantikan tapi apa-apa yang mak beli ina tak nak buang…baju buruk yang dah koyak yang mak bagi ina pun ina tak boleh buang…apa-apa yang mak punye ina tak sanggup nak buang….
Ina balik raya cina dengan Tah… Ina minta Tah masak untuk apak dan adik-adik…berseleranya dia orang makan…dah lama tak makan nasi masak..asyik makan kedai jee…Mei mintak Tah masak lauk masak kicap ayam….sedihnya tak de mak….hidup kami betul-betul berubah…
Mak, Oyen, anak yen dah masuk tadika…Yen hantar tadika Islam..dah pandai baca fatihah, doa makan, surah An-Nas…kalau mak ada mesti mak suka…kan?? Oyen, bila ina Tanya Opah mana, dia jawab : “ Opah dah pergi dalam syurga”….Amin mak…Ina Aminkan…
Rindunya kat mak…bunyi mak cium ina, pun ina ingat laa..bukan setakat ingat..dapat ina rasakan….sejuk air peluh kat idung mak pun ina dapat rasa lagi….mak pegi dah dekat satu tahun..tapi ina rasa macam semalam….
Mak….Ina tak tahu…macam mana nak kuatkan semangat lagi…tak seronoknya hidup…macam tak ada semangat…lagi…lesunya jiwa ina…
Assalamualaikum mak…
Tuesday, November 10, 2009
Mak, Mak, hari tu mimpi mak, dapat peluk mak dalam mimpi pun Allah seronoknya.... Cuma tak pasti yang dimimpi tu benar-benar Mak. Sempat jugak minta ampun dengan mak dalam mimpi tu. Tapi mak tak cakap apa-apa pun...Cuma mak cium pipi ina je.
Huh....dulu masa mak ada, balik kampung sebulan sekali pun susah. Alasan, busy kerja. Tapi mak tak kisah. Anak tak balik dia datang sini... Kenapa laa aku tak selalu balik dulu....
Seksanya menanggung rindu pada mak....
Apak, pun saya...bila cerita pasal mak....hatinya sebak tak terkira. Nampak sangat ada air yang bergenang kat kelopak mata dia.... Mak dah tak de...
Aku redho, tapi cuma rindu yang tak boleh di bendung je.... sesak nafas, bila tengok gambar mak.
Ya Allah.., Ampunkan lah segala dosa-dosa mak, Tempatkan mak di kalangan orang-orang soleh. Ya Allah, Ampunkan lah dosa-dosa apak, berikan dia kekuatan dan redhokan lah dia dengan takdir mu.... Amin.... Amin Ya Rabbal Alamin.
Macam tadi Ina kata hari ini penuh kerinduan... Tiba-tiba je rindu kat XXXX entah lah kenapa. Sejak last aku jumpa dia bulan 4 lalu... hati dah tawar dah dengan dia. Tapi hari ni timbul pulak rindu tu... Bulan 4 hari tu baru aku sedar........segala-galanya... Hati dia dah tak berapa ada kat aku.... walau pun dah dekat 17 tahun aku merasakan dia masih menyayangi...tapi rupanya......Allah yang lebih mengetahui...Kesian nye aku tertipu dek bayang-bayang semalam.
Lepas aku terjaga dari mimpi tu aku mula membawa diri...tapi elok jugek....tak ada lah aku perasan lagi di sayang kat aku.... aku pun tak laa lagi menanggung rindu...tapi hari ini...rindu pulak kat dia..kenapa yer.....mungkin teruja dengan kata-kata dia masa tu laa kotnye "LETS BERKAWAN KERANA ALLAH" mungkin laa kot.... Tapi kan boleh ker aku tak sayang dia kerana Allah.....jugek?? Tapi pasti laa...Sebab setahu aku berkasih sayang kerana Allah itu memang laa ada...Tapi tak berkasih sayang kerana Allah tu......entah laa... huuu... 17 tahun aku ingat kasih sayang kat aku masih sama.....tak pulak rupanya....bodohnya aku 17 tahun lama tuu...
Tapi, macam mana pun... aku redho, tuhan tahu apa yang terbaik untuk aku...aku bersyukur hidup aku...dengan mak, apak, adik2 bahagia jugek. Ya Allah aku bersyukur, syukur, syukur,.
Walau apa pun...aku tak rasa persahabatan aku dengan dia akan putus...mungkin sebab nawaitu dia" Lets berkawan kerana Allah"....dan Aku....dari dulu sampai kinipun....masih tak berubah....cuma focus utama cinta tu dah beralih arah...kepada yang lebih berhak.........
Lagi sekali Aku bersyukur......
Tuesday, August 11, 2009
Kenangan Ramadhan Bersama Mak
Mak, Ramadhan datang lagi. Mak ingat tak Ina mula mula puasa masa usia 9 tahun. Darjah 3. Ina masih ingat kerana Ramadan tahun itulah Mak mula berniaga pasar Ramadhan. Jual Popia untuk tolong apak belanja raya, beli baju raya abang ina dan adik-adik. Bulan Ramadhan Mak dan apak akan kerja kuat untuk cari belanja raya dan baju raya kami adik beradik. Ina masih ingat lagi, sebelum subuh mak dah bangun buat kulit popia. Popia mak memang sedap. Mak, bagi kami adik beradik, bulan ramadhan bulan rezki, sebab kami boleh makan apa yang kami suka sebab bulan ramadhan mak banyak duit. Mak upah Ina upah 2 ringgit sehari tolong mak basuh pinggan, basuh dapur. Tengok adik-adik. Kalau nak di kira pengorbanan Mak dan apak memang tak boleh di balas. Mak, Ina masih ternampak-nampak mak di dapur berdiri tepi api buat kulit popia. Selalunya pukul 1 pagi mak bangun. Kadang-kadang selalu Ina terserempak mak tidur tepi dapur. Allah!!!! Sedihnya hati Ina Mak dah tak ada.
Buka puasa selalunya mak akan beli lauk. Hari-hari Mak beli rendang Tuk abang Yus untuk Ina. Sebab Ina suka rendang tuk dan Air tebu. Lepas apak angkat barang niaga baru kita makan kan mak.
Malam selalunya Mak basuh barang niaga. Mak tidur pukul 9 malam, bangun pukul 1 pagi bangun sampai pukul 9 malam esoknya..Mak duduk kejap dan pastu tidor. Macam tu lah routin Mak hari-hari dalam bulan Ramadhan dari aku darjah 3 sampailah Faiz besar. Mak,semua yang buat semua untuk kami adik beradik. Besarnya pengorbanan Mak. Kami rasa belum puas nak beri mak duit kat Mak dah pergi selama-lamanya. Mengenangkan kenangan Ramadhan, hidup mak penuh dengan kepayahan tapi tak pernah merungut. Segalanya yang di lakukan penuh redho demi kasih sayang mak. Mak...Makk.... Ina rindu Mak...Mak hati ina letih mengenang mak. Jiwa ina lesu tak bermaya lagi....
Tapi Ramadhan tahun ini mak dah tak ada. Segala-galanya tak seronok lagi. Mak, Ina harap amalan bulan Ramadhan Ina tahun ini dapat memberi kebahagiaan Mak di Alam Sana.Insyaallah Ina akan pertingkatkan amalan Ina mak..untuk Allah dan untuk Kesejahteraan Mak di Alam Sana. Bulan Ramdhan kita minta pengampunan, penghapusan dosa-dosa Ina, apak dan mak dan moga-moga Allah beri Rahmatnya pada Aruah Mak..
Rindunya Ina pada Mak, rindunya Ina pada kucupan Mak. Mak…Mak…Makk….
Hati sesak nafas rindu Mak.
Ya Allah, ampunkan dosa-dosa ku, dosa-dosa kedua orang tuaku. Kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihiku semasa kecil. Kurniakan Rahmatmu kepada mereka, sesungguhnya engkaulah tuhan yang maha memberi rahmat. Ya Allah, Ampunkan dosa Mak, tempatkan dia bersama-sama orang yang soleh dan masukan dia di syurga mu yang penuh kenikmatan. Amin..amin Ya Rabbal Alamin
Assalamualaikum Mak.....