Sunday, June 7, 2009

Emak Dah Tiada

Besok 9 haribulan Jun. Genap sebulan mak meninggalkan aku, apak dan adik-adik. Sedihnya tuhan yang tahu. Hari ini apak nak balik kuala. Bertambah lah sedih aku. Tapi kesiannya tengok apak. Kesunyian, kesedihan dia lebih dari aku. Sebab 47 tahun dia dengan Mak. Mak dan apak kahwin atas dasar cinta sejati pulak tu. Sebulan mak meninggal hari hari apak pegi kubur mak. Baca doa...baca fatihah..Itu la aktiviti apak. Hari ini dia nak balik kuala. Mesti dia menangis kat kubur mak...Mungkin dia akan rindu mak...kalau tak tengok kubur mak. Kesian apak.

Aku tak tahu kenapa hari ini Hati kurang bermaya....rasa sedih yang menggila-gila. Entah kenapa.Mungkin sebab apak nak balik kuala ker? Tak juga sebab aku rasa apak kena balik umah kuala tengok adik-adik yang kat kuala. Mungkin semalam tengok winter sonata ker...hati mula ingat kisah cinta yang tak kesampaian tu ker.? Mungkin jugek.Huuuh kisah cinta aku lebih kurang macam tu jugek. Tapi Hero aku tak laa sehandsome Hero Winter sonata tu... Jauh sangat...tapi cinta aku sama laa macam cerita tu , saling tak tumpah macam watak heroin winter sonata tu Ujin ....mungkin apa yang watak tu jiwai mengambarkan apa yang aku rasa kot...nanti laah kalau ada kesempatan..kelapangan aku tulis dalam blog ni..tapi hero aku dah banyak berubah....Mungkin cinta dia dah pudar dah....tapi cinta aku masih tetap sama tak berubah..walau dah 17 tahun aku berpisah...lama kan....??

Harap-harap...hari ini dapat kekuatan balik...Ya Allah, Aku mohon. Kuatkan semangat ku...kuatkan iman ku.kuatkan hati aku.....hilangkan kesedih ku....Amin

1 comment:

  1. Kak Ina...wah ada blog,tak taupun...moga akak tetap tabah ye..dan mendapat cinta baru yang membahagiakan dunia dan akhirat. Amin..

    ReplyDelete