Monday, June 22, 2009

Rindu Sangat Pada Mak

Assalamualaikum Mak,

Ina cuma nak cakap Ina rindu mak. Ina rindu pelukan mak… Bila Ina tengok gambar mak hati ina jadi lemah rasa macam tak percaya mak dah tak ada di dunia tinggalkan Apak,Ina, Yong ,abangli dan adik-adik. Mak minggu lepas Ina masuk hospital. Sakit demam teruk, dr kata denggi laa, chikingunya laa, badan ina semua sakit-sakit, jari-jari ina tak boleh gerak… Ina kat hopital 2 hari tapi ina sakit seminggu. Mungkin Ina sakit sebab rindu sangat dekat mak….

Mak…mak ingat tak masa kita pergi holiday kat Cameron Highland dengan semua family. Masa tu abang li tak lari lagi… Ina terlebih makan sampai kena gastric. Orang pergi holiday duduk hotel. Ina kena masuk hospital Cameron Highland… Mak teman ina kat hospital… Ina ingat lagi…Ina kena masuk air. Mak ikut ina pergi toilet bawak botol air ina…Mak…mak Ina rindu mak….Ina ingat lagi …Ina kata mak sakit perut mak….pelan-pelan mak cium kepala ina… Ina rasa sakit dah kurang masa itu…

Mak minggu sudah ina sakit…Ina rindu ciuman mak yang macam tu… Ina tak dapat lagi… Mak….Semangat ina pergi mana dah mak….??

Ina selalu doakan mak.. Ina redho mak pergi..Tapi hati ina lemah, lesu….jiwa rasa kosong…Hidup ina rasa cacat.. Tuhan marah ina buat cam tu ke Mak…?.tapi ina rindu mak…

Mak 15 hari bulan Jun hari tu hari jadi Faiz…Faiz pun rindu mak…Faiz kata harijadi dia dah tak de makna. Selalunya mak lah orang pertama datang peluk, cium dia dan mak kata…Dah besornya anak mak…Dia menangis. kata ekarang mak dah tak de.

Nanti hari jadi Ina pun macam tu juga…Ina ingat lagi mak harijadi Ina, masa ina tingkatan 2, Mak buat surprise. Mak pesan, basuh pinggan, kemas dapur, mak nak pergi pekan. Mak balik nak lori pick-up bawak basikal Ranggler warna merah. Mak kata Ini hadiah harijadi… mak dapat duit kutu. Tahun sudah, harijadi Ina mak beli Ina gelang Emas harga RM500.00, mak kata duit mak main kutu….Ina marah mak beli.. Mak kata bior ler…Mak ikhlas.. Apa-apa mak buat semuanya untuk anak-anak mak memang Ikhlas daripada beli barang sampai kucupan dan kasih sayang. Kadangan bila ina tidur…Mak curi-curi cium kepala Ina….. Keikhlas tu memang hanya tuhan dan Ina yang tahu…

Mak….Ina rasa sedih, sangat sedih…. Ina macam ternampak-nampak mak tersenyum tengok Ina balik dari KL. Ina ternampak-nampak mak tengah buat kulit popia pukul 3 pagi cuma kerna nak cari duit baju raya kami adik beradik. Mak….. Ina tak jumpa lagi mak macam mak…..

Mak, Ina ternampak nampak..Mak menangis masa Dr bagi tahu mak kena kanser paru-paru. Ina ternampak-nampak mak menangis mintak apak peluk mak…teman mak pergi hospital.

Mak, hati Ina sangat sedih, sedih yang teramat sangat. Jiwa Ina jadi lemah dan lesu. Tuhan marah Ina macam ni ke Mak??
Ina kan mak selalu minta nak jadi hamba Allah yang sabar. Ina janji mak Ina akan kuat. Ina doakan mak berada di kalangan orang-orang yang soleh. Ina janji mak.. Ina jadi anak mak yang soleh…ye.. Mak……Assalamualaikum mak…

Kalau ina sedih lagi Ina cerita yer mak…

3 comments:

  1. Menitik air mata saya baca kerinduan kak ina,
    sedih sgt... walaupun saya x mendengar bisikan hati kak ina, tp saya rasa sebak membacakan ini.
    Saya harap kak ina terus tabah...

    ReplyDelete
  2. ye la..kita tak dapat bayangkan sejauh mana sedihnya perasaan kehilangan ini. Memang kalau boleh tidak mahu menempuhnya, tapi akan ditempuhi juga. Perbanyakkan doa je la ye...yang baik2 aje...

    ReplyDelete
  3. sayu saya membaca nukilan anda.
    malam tadi pun saya ada perasaan yang sama dengan anda. saya menangis sepuasnya kerana rindukan mak

    ReplyDelete