Tuesday, July 28, 2009

Fatwa Pujangga



Assalamualaikum mak,


Semoga mak bersama orang orang beriman. Mak, hari sabtu hari tu Ina balik kampung dengan oli. Tengok apak dan adik-adik. Rumah kita suram sangat tak ada mak. Tak ada serinya lagi. Walaupun ada hasnah kemas rumah... tapi rumah kita tak ada cahaya lagi. Adik-adik Faiz, Yen macam biasa je. Cuma Mei yang bermasalah...Dia tak ubah lagi perangai lama dia mak...entahlah macam mana nak buat. Apak kata dia tak tahu nak buat apa-apa lagi.


Mak, Mak tak ada apak merana sangat. Kesian apak Mak. Apak semalam ikut Ina ngan oli balik KL. Ina rasa dia rindu nak tengok kubor mak. Pagi tadi dia balik.....


Mak, Apak beli CD lagu Fatwa Punjangga. Dia menangis. Bila dengor. Dia kata mak suka sangat lagu tu... Cian apak...Rindu Mak Sangat. Ina tak tahu macam mana nak tolong. Hati ina jadi sayu je sekarang tengok apak. Bila dia tidur pun nampak sedih.... Mesti masa muda-muda mak ngan apak sure romantik kan....??


Lepas mak tak ada apak selalu cerita kisah dulu-dulu. Macammana mak ngan apak jumpa. Mak pergi dating ngan apak. Apak kan tak pernah cerita... Mak pun tak pernah cerita. Tapi mak apak memang sayang mak.


Ina harap...di masa depan apak dapat jumpa mak kat surga. Kita dapat berjumpa di sana. yer mak...Ina akan selalu ingat mak..senyum mak, tawa mak...segalanya ina akan ingat yer mak... Ina sayang mak yer mak.....


Assalamualaikum mak.


Thursday, July 9, 2009

Rindu Mak Lagi.


Assalamualaikum Mak,


Hari ni dah 60 hari mak pergi. Oli tadi sms nangis lagi.Dia kata dia rindu mak sangat-sangat. Ina pun mak. Mak, Minggu sudah apak datang tengok kubur mak. Kesiannya apak. Apak lebih merana mak. Muram aje lepas mak tak ada. Dia kata kat oli, dia sunyi mak tak ada. Oli nangis aje kerjanya. Apak bawak balik gambar mak dengan apak masa muda muda yang oli simpan. Cantiknyeeee Mak macam hati mak jugak. Apak bawak gambar mak balik. katanya nak framekan kat rumah. Mak, ari tu apak tengok gambar mak masa sakit. Mak dia menangis dengan ina. Dia kata apak rindunya kat mak..... Apak kata dia selalu nangis rindu mak. Cian apak kan mak. Tapi apak tak terkilan sebab masa mak sakit, dia jaga mak betul-betul sampai adik-adik mak kata, belum jumpa suami sebaik, sesabar apak... sekarang baru Ina tahu, siapa apak Ina. Ina bersyukur. Ina tahu apak memang sayang mak...dari kecik lagi...Itu yang apak kata lepas mak tak de..


Ina tanya yen... Kalau kamu rindu kamu buat apa. Dia kata, dia terus sedekah fatihah, pastu tu tiap malam sejak mak tak ada belum pernah tinggal baca Yassin. Allhamdulillah kan mak.. dulu yen tak tahu Alif Ba Ta...sekarang dah pandai baca yassin kat mak.


Mak, Apak, Ina, Oli, yen dan adik-adik yang lain...rindu kat mak. Rindu senyum mak, rindu ciuman mak, rindu masakan mak.


Mak, tahun ni raya tak best lagi. Ina sedih bila mengenangkan raya. Macam mana mak, Apak nak raya sini sebab nak gi kubur mak, Oli kena balik kuantan ikut suami, yen tak boleh datang sebab bini kena raya kat kampung. Cuma Ina dengan apak. kat KL. Mungkin apak bawak Mei dengan Faiz. Itu pun belum tentu bujang dua orang tu nak ikut apak. Kalau tak nak ikut maknanya Ina je raya kat KL dengan apak. Sedihnya Mak tak ada. Nasib apak ada lagi. Kalau tak Ina seorang seorang je gi kubur mak.


Mak, Ina ingat lagi. Masa mak sakit terlantar, Ina balik kerja mak tidur. Ina balik tengok mak...Ati Ina jadi sebak..airmata ina tak dapat bertahan lagi. Tiba-tiba mak jaga. Mak senyum kat ina walaupun sakit. Ina tambah sedih masa tu mak...... Ina kata kat Mak..."Mak Ina sayang mak yer Mak" Mak senyum....pastu mak kata ....."Kalau mak dah tak ada..siapa nak sayang Ina"

Sekarang memang ina rasa mak.......Sedih nye Ina mak....


Mak.....Ina sayang mak....Ina janji Ina ngaji untuk mak. Ina janji, Ina baca quran untuk mak, Ina janji, Ina banyakan sedekah untuk mak...Ina janji Ina tak akan doa untuk nak hari-hari. Insyaallah....


Assalamualaikum mak....semoga mak damai disisi Allah. Ina tulis lagi coretan untuk mak nanti.

Monday, June 22, 2009

Rindu Sangat Pada Mak

Assalamualaikum Mak,

Ina cuma nak cakap Ina rindu mak. Ina rindu pelukan mak… Bila Ina tengok gambar mak hati ina jadi lemah rasa macam tak percaya mak dah tak ada di dunia tinggalkan Apak,Ina, Yong ,abangli dan adik-adik. Mak minggu lepas Ina masuk hospital. Sakit demam teruk, dr kata denggi laa, chikingunya laa, badan ina semua sakit-sakit, jari-jari ina tak boleh gerak… Ina kat hopital 2 hari tapi ina sakit seminggu. Mungkin Ina sakit sebab rindu sangat dekat mak….

Mak…mak ingat tak masa kita pergi holiday kat Cameron Highland dengan semua family. Masa tu abang li tak lari lagi… Ina terlebih makan sampai kena gastric. Orang pergi holiday duduk hotel. Ina kena masuk hospital Cameron Highland… Mak teman ina kat hospital… Ina ingat lagi…Ina kena masuk air. Mak ikut ina pergi toilet bawak botol air ina…Mak…mak Ina rindu mak….Ina ingat lagi …Ina kata mak sakit perut mak….pelan-pelan mak cium kepala ina… Ina rasa sakit dah kurang masa itu…

Mak minggu sudah ina sakit…Ina rindu ciuman mak yang macam tu… Ina tak dapat lagi… Mak….Semangat ina pergi mana dah mak….??

Ina selalu doakan mak.. Ina redho mak pergi..Tapi hati ina lemah, lesu….jiwa rasa kosong…Hidup ina rasa cacat.. Tuhan marah ina buat cam tu ke Mak…?.tapi ina rindu mak…

Mak 15 hari bulan Jun hari tu hari jadi Faiz…Faiz pun rindu mak…Faiz kata harijadi dia dah tak de makna. Selalunya mak lah orang pertama datang peluk, cium dia dan mak kata…Dah besornya anak mak…Dia menangis. kata ekarang mak dah tak de.

Nanti hari jadi Ina pun macam tu juga…Ina ingat lagi mak harijadi Ina, masa ina tingkatan 2, Mak buat surprise. Mak pesan, basuh pinggan, kemas dapur, mak nak pergi pekan. Mak balik nak lori pick-up bawak basikal Ranggler warna merah. Mak kata Ini hadiah harijadi… mak dapat duit kutu. Tahun sudah, harijadi Ina mak beli Ina gelang Emas harga RM500.00, mak kata duit mak main kutu….Ina marah mak beli.. Mak kata bior ler…Mak ikhlas.. Apa-apa mak buat semuanya untuk anak-anak mak memang Ikhlas daripada beli barang sampai kucupan dan kasih sayang. Kadangan bila ina tidur…Mak curi-curi cium kepala Ina….. Keikhlas tu memang hanya tuhan dan Ina yang tahu…

Mak….Ina rasa sedih, sangat sedih…. Ina macam ternampak-nampak mak tersenyum tengok Ina balik dari KL. Ina ternampak-nampak mak tengah buat kulit popia pukul 3 pagi cuma kerna nak cari duit baju raya kami adik beradik. Mak….. Ina tak jumpa lagi mak macam mak…..

Mak, Ina ternampak nampak..Mak menangis masa Dr bagi tahu mak kena kanser paru-paru. Ina ternampak-nampak mak menangis mintak apak peluk mak…teman mak pergi hospital.

Mak, hati Ina sangat sedih, sedih yang teramat sangat. Jiwa Ina jadi lemah dan lesu. Tuhan marah Ina macam ni ke Mak??
Ina kan mak selalu minta nak jadi hamba Allah yang sabar. Ina janji mak Ina akan kuat. Ina doakan mak berada di kalangan orang-orang yang soleh. Ina janji mak.. Ina jadi anak mak yang soleh…ye.. Mak……Assalamualaikum mak…

Kalau ina sedih lagi Ina cerita yer mak…

Sunday, June 7, 2009

Emak Dah Tiada

Besok 9 haribulan Jun. Genap sebulan mak meninggalkan aku, apak dan adik-adik. Sedihnya tuhan yang tahu. Hari ini apak nak balik kuala. Bertambah lah sedih aku. Tapi kesiannya tengok apak. Kesunyian, kesedihan dia lebih dari aku. Sebab 47 tahun dia dengan Mak. Mak dan apak kahwin atas dasar cinta sejati pulak tu. Sebulan mak meninggal hari hari apak pegi kubur mak. Baca doa...baca fatihah..Itu la aktiviti apak. Hari ini dia nak balik kuala. Mesti dia menangis kat kubur mak...Mungkin dia akan rindu mak...kalau tak tengok kubur mak. Kesian apak.

Aku tak tahu kenapa hari ini Hati kurang bermaya....rasa sedih yang menggila-gila. Entah kenapa.Mungkin sebab apak nak balik kuala ker? Tak juga sebab aku rasa apak kena balik umah kuala tengok adik-adik yang kat kuala. Mungkin semalam tengok winter sonata ker...hati mula ingat kisah cinta yang tak kesampaian tu ker.? Mungkin jugek.Huuuh kisah cinta aku lebih kurang macam tu jugek. Tapi Hero aku tak laa sehandsome Hero Winter sonata tu... Jauh sangat...tapi cinta aku sama laa macam cerita tu , saling tak tumpah macam watak heroin winter sonata tu Ujin ....mungkin apa yang watak tu jiwai mengambarkan apa yang aku rasa kot...nanti laah kalau ada kesempatan..kelapangan aku tulis dalam blog ni..tapi hero aku dah banyak berubah....Mungkin cinta dia dah pudar dah....tapi cinta aku masih tetap sama tak berubah..walau dah 17 tahun aku berpisah...lama kan....??

Harap-harap...hari ini dapat kekuatan balik...Ya Allah, Aku mohon. Kuatkan semangat ku...kuatkan iman ku.kuatkan hati aku.....hilangkan kesedih ku....Amin

Thursday, April 9, 2009

Kasih Ibu



Kerinduan belaian emak yang sekarang sedang sakit tenat. Emak di sahkan cancer paru-paru (stage 4) pada 31 October 2009. Sekarang keadaan sungguh menyedihkan. Apa yang lebih mengharukan. cancer mak dah sampai ke otak...Brain Metastatisis kata Dr.... Hmmm..Bila dah sampai ke otak..macam-macam boleh jadi... Tangan lumpuh, kaki tak boleh jalan lagi...apa yang amat memilukan ingatan nya semakin bercelaru.... Apa yang mampu dia panggil hanyalah "Abang" (ayahku)...Ina (aku) Olie (adik yang sedang sarat menunggu kelahiran anak ke empat) dan Som (Orang gaji yang memandikannya hari hari)... Amat Sedih...Sekali-sekala dia marah kerana ayah selalu suruh dia makan ubat yang berkati-kati banyaknya hari hari..." Menangis lah dia memanggil Tah, (Ibunya).

Semalam 9hb April 2009 pada pukul 7.30pm sebaik sampai di rumah... Kebiasaan waktu sunyi kerana semuanya berada di tingkat atas untuk solat Marghrib... aku melangkah masuk sambil memberi salam... Aku lihat tubuh terbujur di atas katil hospis yang di pinjamkan dari Hospis Malaysia.... Emak memandang sambil membalas Salam..... Senyuman yang sudah lama tidak kelihatan terpancar dari wajah emak.......

Aku benar-benar merindui senyuman itu....Aku lalu membalas senyum lebar yang amat gembira dan dalam kelesuan wajah emak......terdengar Ibu melafaskan " Manisnya anak aku" Pujian yang begini bukanlah asing bagiku tapi dah lama tak mendengar dari mulut emak ......... perkataaan Sayang mak, Anak mak, memang bukan ditujukan untuk aku seorang tapi 7 anaknya yang lain...

Aku masih ingat...Subuh sehari sebelum Hari Raya tahun lepas.....mak dah sakit.....tangannya dah lumpur sebelah..." Sayup-sayup kedengaran Suara Ibu.... Inaaaa..... Bangun Saya dah 6.30 subuh........aku membuka mata...aku lihat...ayah memimpin emak mengejutkan aku bangun solat..... Suaranya yang penuh kasih sayang yang amat ikhlas hanya allah yang tahu kasihnya... Aku juga...Hanya tuhan yang tahu kasih ku pada mak.........
Ya Allah...... Aku Mohon.....Ringankan lah kesakitan emak....

Wednesday, April 8, 2009

Blog Perkenalan

Assalamualaikum Warahmatullallah Hi Waabarakatuh....

Baru nak mula berjinak-jinak dengan penulisan blog....hmmm agak ketinggalan zaman...biasa lah Azlina ni..selalu tak kuasa nak mengikut perubahan zaman, dah la tu phobia dengan computer dan buta IT pulak tu....tapi walau bagaimana pun bersyukur........kerana diberi peluang untuk belajar benda yang baru ni walaupun sedikit ketinggalan zaman....hee hee...

Entah kenapa tiba tiba nak belajar tulis blog?? Rasanya macam malu pada diri sendiri dan orang sekeliling...mana tak nya....Kerja dengan publishing company, boss seorang penulis blog yang terkenal, PA nak create blog pun tak tahu....Astargfirrullallah hal Azim...masya Allah...malunya....hee..hee...

OK cukuplah .....untuk coretan yang pertama ni..Semoga coretan kedua dan seterusnya akan lebih menarik dan bertambah lah ilmu blog ku....Wasalam.